Assalamualaikum...!!
Di sini ada satu persoalan yang best untuk dijawab.
Jawapan-jawapan yang terpilih.
Jom layan.
Jom layan.
Jawapan Mak Senah Janda Berhias :
Saya dah lama kesunyian. Dengan meluahkan rasa hati di twitter dan facebook lah, baru saya dapat jumpa anak-anak ikan para lelaki budiman yang muda, tough dan kacak untuk menemani saya di kala kesunyian.
Jawapan Mamat Liga FA ( Liga Lelaki Forever Alone ) :
Aduh. Gua single la, beb. Bosan. Kalau siang-siang boleh la duduk kat shopping complex kacau dak-dak pompuan. Memalam boleh ajak member-member lepak walaupun end up diorang memasing dok tayang gelpren memasing. Habis kalau pukul satu dua pagi sape nak dengar keluhan hati gua?
Jawapan Johan Nerd :
Mak tak bagi couple. Mak tak bagi cerita masalah kita kat orang. Jadi saya tweet jer la. Takpun post kat facebook.
(abes tue kat facebook, twitter orang tak baca ker? )
EH! ADA ORANG BACA KER?
Tak tulis pun dalam buku yang kalau kita post ada orang baca? Buku mana cakap?! Page berapa?!
( #Facepalm )
Jawapan Cik Adibah Diva Kampung Durian Sebiji :
I selalu tengok selebriti hollywood tweet-tweet, post-post status, so I buatlah. Kenapa? Ada masalah?!
I selalu tengok selebriti hollywood tweet-tweet, post-post status, so I buatlah. Kenapa? Ada masalah?!
I diva, okey?
D,I,B,A....
DIVA!
DIVA taw?! Kau haderr?!
( Ada peminat ker? )
Ah! Diva macam I takkan layan soalan-soalan menjatuhkan macam you nie.
Jawapan Kak ProPah a.k.a Kak Pah Pro ( Professional Gossiper ) :
Akak saja jer post-post macam tue, mengadu domba bajet akak yang yang ada semua problem tue.
Sedangkan sebenarnya, itu bukan masalah akak. Itu semua masalah orang-orang flat akak yang akak dok kumpul dari pagi saaaaaaaampai malam. Akak ketuk setiap rumah setiap level rumah flat akak tue cari info terbaru. Dah dapat tue, akak post la. Takpun tweet.
Kalau ada yang sentap, haaa dia lah tue orangnya!
Siapa yang makan cili dia lah terasa pedasnya kan? Akak ada banyak stok cili boh kat peti ais. kau nak rasa? Nak?
Soalan kau nie, akak akan jadikan stok bahan carutan untuk hari esok.
Jawapan Aku ?
Sentap gak baca. Aku nie walaupun suka condemn orang-orang yang suka merendek dan meroyan kat facebook atau twitter, tapi aku pun boleh tahan gak meroyan kat situ.
Aku pun sebenarnya confuse pekerjadahnya orang dok post love you-love you kat titter sedangkan tipulah tak bergayut hari-hari.
Aku pun tak faham perkejadahnya orang nak gitau sumer orang kita keluar dengan siapa pergi mana naik apa pakai baju apa boxer warna apa percentage lemak badan hari tue berapa semua.
Perlu ker?
Nak bagitaw kita lepak kat Manhattan Fish Market kenapa?
Nak kasi kekawan kita yang datang dari keluarga kurang berada tue jeles?
Nak kata yang kita nie kaya sangat?
Nak beritahu kita kat mana dengan siapa kenapa?
Supaya orang boleh datang rompak?
Supaya orang boleh datang rompak?
Supaya member yang nak pukul kita boleh bajet nak bawak berapa orang?
Supaya mak abah kita tahu kita keluar dengan sapa, buat apa, dan dengan siapa?
No way! Seribu followers kita lebih tahu apa kita buat berbanding mak ayah kita sendiri.
Nak canang yang kita sayang siapa cinta siapa kenapa?
Self-display of affection sangat. Benda bilik tidur biar dalam bilik tidur. Toksah nak tweet detail sangat. Buat loya tekak jer. DM takleh? Chat takleh? Tetibe rosak?
It's seeing people making out in front of you. Rasa macam nak curah air panas, pastu tunggu kembang macam maggie.
Nak beritahu semua orang masalah kita kenapa?
Berharap ada orang akan tolong? Berharap ada orang simpati?
Orang like and go.
kewujudan twitter dan facebook tue membuatkan kita lupa yang satu-satunya tempat yang super-reliable untuk mencurahkan rasa hati dan masalah ialah Allah.
Astaghafirullahal azim...
Jawapan korang plak? Gimana?
Dearest,
Razil...
P/S : But there's one time, kawan aku tweeted pasal dia takde duit, dan somebody came out to lend him some money. So, it worked that one time only. Masa lain.... hm...

6 ulasan:
setuju sgt... really want to keep it to myself... =)
hahaha..tu la psl..kdg2 terlalu byk meluah d laman sosial buat kita lupa bahawa satu2nya tmpt mngadu yg maha mndgr iaitu Allah SWT...:D
haha..setuju. Realitinya ramai yang tak sedar mereka sedang mengadu domba pada dunia alam maya tu. Nice post. :)
Anisa Anuar,
same la... me too.. HUhuhuhu
Lyeen De Syifa,
ye.. mungkin ramai yang tiada orang nak meluahkan perasaan.. huhuh
NURUL FARHANA ,
yup! sama la saya jugak.. huhuhuhu
Catat Ulasan