Assalamualaikum...!!
SPM Result Can Be Fatal
Korang rasa aku memain ke propa?
Aku serius okay?
DEATHLY SERIOUS!!
Jangan ambil ringan okey?
Mengikut pengalaman aku, aku sendiri hapir menemui ajal pada hari keputusan SPM. Aku ingat lagi sampai sekarang sebab aku memang seriau setiap kali aku tengok berita pasal keputusan exam kat TV. Kalau ungkit balik kisah nie depan mak aku, mesti dia suruh berhenti talk about it.
Begini kisahnya... (lagu intro bermula, lagu "Aku Scandal", by Hujan )
Sehari sebelum keputusan exam keluar, aku plan nak pergi naik bas. Sebab aku takde transport macam orang lain. Plus, mak ayah aku kerja. Bapak aku boleh hantar tapi pukul 6.30 pagi, taknak lah nanti aku mati kebosanan kat situ. Plus, aku memang tak nak mak ayah aku ada time ambil result tue sebab takut result aku tak cantik nanti mana diorang nak sorok muka dengan cikgu-cikgu tue kan? Hahahah over betul pemikiran aku.
Pagi tue, badan aku panas. Rasa macam nak demam. Tapi aku gagahkan jugak nak pergi naik bas.
Breakfast, aku makan sikit jer. Sebab aku takde mod nak makan. Result fever rasanya. Aku jamah sikit makanan kat meja makan dan memulakan perjalanan. Plus, aku takut tetiba sakit perut dalam bas. Satu kerja gak tue nak turun la cari toilet la pastu tunggu bas balik.
To get to the bus stop, aku kena jalan kaki. Jauh jugak lah.
To get to my school, aku kena tukar dua bas.
Jauh kan? Huhuhuhuh
Masa tunggu nak ambil keputusan tue, macam biasa aku duduk-duduk lepak dengan member-member aku yang lain. Aku lama tak jumpa diorang. Diorang selalu lepak together, tapi sebab aku nie amat dependable to public transport so aku memanglah tak dapat nak join atas faktor masa dan tempat.
Keputusan keluar, aku adalah orang first yang ambil untuk kelas aku.
Ceh!
Sebenarnya aku nak tengok orang lain ambil dulu. Ingatkan dah ada orang ambil. Daring jer aku gi ambil. Terus kena hurung.
Tapi, Alhamdulillah. Result okay! Happy.
Call mak. Mak pun happy.
Sebelum balik, aku lepak dengan kekawan kat mamak. AKu makan roti canai dengan air sirap jer.
Sebenarnya dalam hati tak sabar-sabar nak balik sebab nak tunjuk dekat mak dan nenek slip exam tue.
So aku chiao dulu, gi tunggu bas.
Masa tunggu bas tue, aku rasa semacam.
Cuaca hari tue panas, memburukkan lagi keadaan.
Dalam bas, aku sandarkan kepala aku kat seat depan. Rasa macam tak larat. Rasa cam lemah. Rasa macam nak muntah. Wek~ wek~ wek~
Tak. Aku tak muntah di situ. Ikut hati memang rasa nak muntah. Ingat nak muntah dalam plastik makcik yang baru balik shopping.
Tak. Aku tak muntah di situ. Ikut hati memang rasa nak muntah. Ingat nak muntah dalam plastik makcik yang baru balik shopping.
Sampai kajang, aku tunggu bas. Tapi aku tak tahanlah. Kalau bas penuh, kena berdiri pula. Kalau duduk pun rasa cam nak flat mengikut bentuk muka bumi tempat aku bersandar, kalau berdiri memang tumbang ah nie. So aku decide nak ambil teksi. Takper, biar bayar mahal, janji aku tak end up kat hospital. Aku nak balik! Nak tunjuk result kat mak dan nenek aku!!
Dalam keadaan terhuyung-hayang, aku jalan mencari teksi. Dua kalu tanya, deal!
Naik!
Naik!
Aku duduk belakang. Pasang seat belt. Lepas tue aku terus cam...
Celik...
Hilang...
Celik...
Celik...
Hilang...
Hilang..
Hilang...
Hilang...
Celik...
Terima kasih banyak kat abang teksi tue sebab sudi hantar sampai depan rumah tanpa charge lebih.
Aku minta maaf kat abang teksi tue sebab tak layan dia.
Sebenarnya setiap kali tersedar aku rasa macam nak jer muntah dalam teksi tue. Nasib baik tidak.
Sebenarnya setiap kali tersedar aku rasa macam nak jer muntah dalam teksi tue. Nasib baik tidak.
Aku masuk rumah.
Aku dengar adik aku jerit, "eleh...sukalah tue..."
Aku balas, "diamlah..."
Aku masuk dalam, campak beg, straight pergi toilet.
Wekk~ wekk~ wekk~
Wekk~ wekk~ wekk~
6-7 das aku muntah. Makcik mengandung pun tak muntah camtu.
Pastu, rasa macam melayang..
Aku ~melayang~ ~masuk~ ~bilik~ ~aku~..
Dan terus pengsan.
Dan terus pengsan.
Sesedar jer, mak aku ada depan mata aku, dia suruh minum milo pekat dan aku terus sambung pengsan.
Tetiba, aku sedar. Aku pandang ke luar tingkap. Dah malam. Kepala aku sakit.
Aku tanya mak aku, apa yang terjadi sebenarnya. Mak aku cakap, dia minta excuse dari kerja sebab nak tengok aku. Takut pape jadi kat aku. Mak aku cakap, aku keep on meroyan tanpa sedarkan diri. Malunya entah apalah yang aku cakap. Mesti aku dok mengomel cuba kuatkan diri nak sampai rumah macam aku buat sepanjang dalam bas dan teksi tadi.
AKu probably mild hypoglycemia.
Kurang gula dalam darah.
Sebenarnya hypoglyco nie bukanlah boleh membunuh directly. Tapi dia boleh menyebabkan kerosakan kekal nerve cells. Atau dia boleh menyebabkan sawan. Kalau aku collapse kat tengah pastu kena lenyek lori ker, or pengsan tapi jalan pastu takde sape tolong, memang babai lah~
Papepun, alhamdulillah aku sedar.
Malam tue, majikan mak aku datang rumah. Suami isteri datang rumah. Very concern majikan mak aku kan?
Hari Raya pun ta pernahnya nak datang, nie hari aku ambik result jugak diorang datang.
Awesome tak aku? Cool tak? Cool tak?
Visit aku katanya. Dalam visit tue, diorang sempat berkongsi pengalaman belajar medicine dan suruh aku amek medicine. Which is, aku masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. TAK NAK! Hahahaha
Hari Raya pun ta pernahnya nak datang, nie hari aku ambik result jugak diorang datang.
Awesome tak aku? Cool tak? Cool tak?
Visit aku katanya. Dalam visit tue, diorang sempat berkongsi pengalaman belajar medicine dan suruh aku amek medicine. Which is, aku masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. TAK NAK! Hahahaha
Begitulah flashback saya. Semoga dapat menjadi pedoman semua.
Jangan biarkan peristiwa ini terjadi pada diri anda mahupun keluarga anda. Kang pepenat belajar, pastu haaa...
Selagi boleh elak, kita ikhtiar untuk elak. Okay?
Ingatlah orang yang tersayang.
Ingat juga Allah yang Maha Penyayang.
Dearest,
Razil...
P/S : Tue belum lagi masuk kes orang bunuh diri sebab frust, sebab mak abah marah, sebab kena ejek, sebab kena tinggal kekasih akibat perbedaan result SPM~ hm....

13 ulasan:
amboi sampai muntah2 sian dia...
bila baca..mujurlah awk xada apa masa kejadian..jg kesihatan slalu =)
gilak hiperbola kau.. sampai muntah2? neves sangat ke apa??
tapi kalau result ok kire xde hal la kan..
dramatik...tapi cerita best..ada message... =)
huhu...takutnya nak dapat result hari khamis ni..doakan supaya saya dapat result yang gempak ekh
GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr ,
kesian kan?
awak jaga kesihatan taw! XD
zaza =),
alhamdulillah, awak pun...
jaga kesihatan... :)
Haryz Khairuddin ,
yang muntah-muntah tue bukan hyperbola taw. betul. okay fine maybe hyperbola sikit.
Alhamdulillah~ Huhuhuhu
Anisa Anuar ,
hahaha thanks... :)
cik tenggiling ,
yang penting jaga kesihatan. Makan cukup-cukup okay?
Semoga berjaya. Amin~ :)
hehe ^^ gempak ;D
Alhamdulillah, takde pape jadi kann..
Husna Humairah ,
alhamdulillah tak jadi pape... huhuhu
Muntah2 pun mak tetap happy dgn result ^_^
Catat Ulasan