My Dearest Likable Lovely Friends..

Klik-Klik Sini \(^,^)/

Ahad, Februari 17, 2013

Sekitar Golden Disk Award 2013

Assalamualaikum...!!


Aku tahu aku lambat. Aku nak tulis pasal Golden Disk Award nie tapi aku rasa maca mt ak fair lak kalau nak buat entri tanpa menonton sendiri GDA nie sampai habis. Malaslah nak google gambar pastu update kan. Tak blogger sejati lah camtu. Hahaha. Statement mintak kaki sangat. Gurau jer. Jangan marah.



Ini adalah beberapa perkara yang gedebak-gedebuk keluar dari kepala otak aku nie bila menonton Grammy versi Korea nie.


1- Seksi sangat la...
Bukan kat Malaysia nie ada guideline pemakaian ker? Aku ingat lagi Pussycat Dolls pernah kena deshum sebab berpakaian seksi time performance. Ingat lagi, Gwen Stephanie berpakaian sopan kerana nak perform kat Malaysia. Rules tue dah buang ker? 
Hm... Artis Malaysia sekarang kemain buat pameran percuma. Hahahahahah


2- KARA merupakan antara kumpulan Kpop yang membuat persembahan. Korang rasa kan, kumpulan KARA tue tahu tak bahawa selain diorang, Kara juga merupakan jenama santan kotak yang popular di Malaysia.


3- Kumpulan FT Island memiliki ratusan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Primadonna. Jadi mungkinkah Che Ta, Kak Engku, Erra Fazira dan Ziela Jalil merupakan peminat FT Island? Mungkinkah FT Island sepatutnya menjadi tetamu jemputan rancangan bual bicara tersebut? Tak pun  terus duduk sini jadi pengacara rancangan tue terus..


4- Macam mana actually para penonton boleh duduk kat situ bersorak-sorai walhal diorang semua cakap bahasa korea. Then ada la sebaris dua bahasa Inggeris. Aku tengok kat rumah, ada subtitle. Kat situ ada subtitle ker, atau main jerit jer? 
Kalau aku... aku jerit jer la kan, pedulik apa faham ke tak. hahaha


5- Kumpulan yang satu lagi ialah kumpulan f(x). Sebutannya adalah "Effect". Bukan sepatutnya "function" ker? Hahahah teringat dulu bengap gila belajar addmath. Soalan function pun terkedek nak jawab. Hahaha



6- Baju Li Hong Ki time perform time Part 1 mengingatkan aku kepada baju kurung seksi yang ramai orang pakai time hari raya. Mungkinkah kes tiru-tiru? Ataupun inspired by baju kurung? Huhuhuhu Malaysia truly Asia sangat kau Li Hongki.


7- Pentas diorang amat cantik dan canggih. Elok jangan cabut bagi Anugerah Skrin ker ABP buat kat situ.


8- Ada sekali, aku menoleh ke tempat lain ketika pemenang diumumkan. Yelah, motif sangat nak fokus 100% tengok award kan. Dalam kelas pun aku buat benda lain. Jadi tetiba, diorang umumkan penerima Golden Disk Award tersebut ialah "Shanie". Aku kagum. Siapa sangka, Shanie yang sudah lama tak nampak dalam industri seni tanah air dah jadi bintang Kpop rupanya. Meletop!
Bila aku toleh, oh. Shinee rupanya...



9- Suara Kwill memang sedap! Macam kebetulan, atau memang disengajakan, Kwill, Kpop, dua-dua ada huruf K. I wonder kalau dia dari Malaysia, mungkin nama dia Mwill. Kalau dia dari Indonesia, mungkin nama dia Iwill (Saya akan). Kalau dari Sri Lanka, mungkin nama dia Swill. Kalau dia dari Venezuella, mungkin nama dia Vwill. Kalau dari China, mungkin nama dia Cwill. Kalau dia dari Laos, mungkin nama dia Lwill.
Dah la, kalau nak sebut satu dunia nie memang tak lah aku nak tidur malam nie.




10- Time aku tengah tengok tue, tiba-tiba ada pertunjukan bunga api depan rumah aku. Cantik gila!! Dapat tengok live dari ruang tamu lagi. So, aku ignore TV, aku tengok bunga api sampai habis. Hahahaha



Papepun, aku memang tak sangka yang Sepang International Circuit tue boleh ramai camtu.
Bukan tiket dia mahal ker?
Ada yang berlapar ke saving duit?
Ada yang gadai phone, kereta, rumah tak ?




Aku juga rasa, aku tak minat sangat lah Kpop nie. Ada certain lagu yang best, layan lah. Yang tak berkenan, sorry, better luck next year. Hahahaha
Dan aku juga tak faham, kenapa sepanjang aku tengok tue, aku cam tertunggu-tunggu bila Datuk Siti Nurhaliza, Yuna atau Najwa Latif nak perform. Hahahaha. Selalunya tengok award tempatan, mesti pusing-pusing ada muka-muka nie. Huhuhuhuhu.


Dearest,
Razil...

P/S : Teringat pulak kat mercun pop-pop...

HYPERSMASH

2 ulasan:

Secrets of A Teenage Girl berkata...

hahaha.. serius lawak gila bila baca.. ;P

Remy hazza berkata...

thanks jadi followers remy yg kee 1k... btw.... award tu aritu remy dapat offer utk jadi pekerja semasa konsert...tapi tak pi...tapi last2 rasa rugi...kalau tak boleh jumpa blkg pentas....

klik sini \(^,^)/

Jemput... Jemput... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...