Apa khabar? Baik? Alhamdulillah...
Aku nak share satu lagi bahan bacaan atau secara spesifiknya, buku untuk bahan bacaan anda semua. Kelmarin, semasa dalam perjalanan aku nak pergi Shah Alam, pada hari aku bertolak ke Perlis, aku singgahlah kat Cziplee Kajang. Cziplee nie nama kedai buku tau.. Ye la.. Ka Semenyih nie mana ada stesen komuter, kalau nak naik train kena pergi kajang atau Bangi. Dah singgah Cizplee tue aku pun cari lah benda2 best untuk temankan aku sebab nak tunggu train, nanti nak tukar train lagi kat KL Sentral, nak tunggu pukul11 jadi banyaklah masa. Mula2 nak beli Sudoku, tapi cam leceh jer nak pikir2, then aku decide nak beli novel ringan2. So, aku decide untuk beli "Diari Mat Kilang"
Novel ini ditulis oleh Ahmad Fairuz Daud. Cukup aku katakan, tempoh masa yang diperlukan untuk membaca buku ini ialah selama perjalanan aku dari KTM Kajang ke KTM Shah Alam dan patah balik. Kenapa? Sebab masa pergi aku mula membaca, masa balik aku dah habis baca sebaik sebelum sampai ke KTM Kajang. Hehehe...
Isi kandungan buku ini ada juga menyelitkan banyak pengajaran, tentang impian, keperluan kita menjaga hati orang, persahabatan, baik sangka dan many more.
Banyak gilarh adengan lucu dan lawak dalam buku ini. Aku pun kelihatan macam orang gilarh kerana ttiberr senyum2 sorang2 kat dalam train menahan gelak. Orang pandang jer. Tapi nak buat macam mana. Dah memang lawak, nak buat macam mana? Hahaha.. Antara part lawak ialah, masa watak utamanya, Wan Muhammad Musyris bin Wan Embong mempertikaikan kenapa nama dia ada "Wan"... masa selipar dia hilang kat masjid dan orang borrow pergi toilet... dan banyak lagi.
Yang ironinya dalam buku ini ialah watak utama buku ini, Wan, mula meneburkan diri dengan penulisan diari apabila menjumpai diari iaitu "Diari Mat Despatch" yang ditulis dalam buku nota sains. Ini tidak lain dan tidak bukan merupakan buku Diari Mat Despatch yang hilang tue. Dan disebabkan diari tersebut hilanglah, watak utama Diari Mat Despatch iaitu Rayyan, terpaksa menulis dalam buku yang baru maka terhasillah, Diari Mat Despatch:Lelaki Baik, iaitu sekuel buku yang pertama. Dengarnya ada sambungan lagi buku tue tapi tak jumpa lagi..
Cara penulisan buku ini bagi aku lebih kurang saja dengan Diari Mat Despatch walaupun penulisnya berbeza. Tapi unsur dan teknik penyampaian humor itu berbeza dari dua2 orang penulis. Buku ini 100% ditulis seakan-akan diari dan ia membuatkan buku ini lebih menyeronokkan. Ye la.. sape jer yang tak suka baca diari orang kan..? Jalan cerita juga ringan , simple dan mudah digest.. Kira ringan jer kepala baca buku nie, tak payah bayak fikir..
Okey lah.. sampai di sini saja...
Teringin nak tulis novel sendiri..
Diari Budak Dental...
Cool jugak kan?
that's all..
da...
p/s: hari nie result subjek medic , student faculty dentistry Uitm keluar... heee... seramz!!! ~,~ doakanlah aku lulus!


0 sincere comments:
Catat Ulasan